Friday, March 11, 2016

Accident.

Hai geng! *wavinghand*. Lama tak update blog. Berhabuk dah blog ni hah. Hahaha. Okay, sebenarnya nak bagitahu , yang aku tak sengaja tertukar template yang si boroi and miwa buat kan untuk aku 😭. Tak sengaja haritu dok usik2 sana sini, sekali tertukar. Dah hilang dah blog comel kita. *sadlife*. Its okay laa. Nak buat macam mana , benda dah jadi, kan kan~.
    Okay berbalik pada title kat atas, yes accident. Hmm. Cerita ni sedih sikit laa. Tak tahu nak luahkan sape lagi, cerita panjang2 org tak mampu nak paham sangat pun keadaan kita, so luahkan kat blog je laa. Okay.. 4/2/2016 bersamaan dengan hari khamis. Haritu class start lambat, pukul 11. So pagi tu aku bangun awal , siap siap, happy happy dengan sab, time otw pergi class, hati rasa tak sedap. Semua benda aku buat tak kena. But , aku tak amik pusing sangat. Sampai kat class, duduk sebelah shira, mcm biasa, but haritu aku berbelah bagi nak stay kat bilik sape , sebab ade gap 2 jam. Aku duduk rumah sewa, selalu kalau stay , aku stay bilik jiha, tapi haritu , aku belah bagi, nak stay bilik hana or jiha. Aku asyik pusing belakang tengok hana, sampai hana tanya "kau asal". Aku pun decide , okay aku stay bilik hana. Then hana tanya "jom teman aku tukar minyak hitam motor". Masa ni hati aku lagi laa , berbelah bagi gila, aku pakai kain, susah nak naik motor. Then aku setuju kalau hana bagi seluar. Then habis class, aku stay kat kolam ikan, sementara tunggu hana. Masa ni aku tak tahu ape otak aku pikir. Semua benda tak kena...  
     Then, naik motor , sampai kat kedai motor , dah siap semua , pergi bank. Masa kat cimb tu, aku rasa hati aku b'debar gila. Aku sampai tahap nak cakap dengan hana, aku nak bawak motor, tapi aku pikir balik, aku bukan reti sangat bawak motor , lagi lagi kalau bonceng org, lagipun aku tak ade lesen. Hmm. Lepas tu nak balik IPB. Masa tu dalam pukul 12.30. Aku tak ingat sangat ape berlaku, masa tu aku dengan hana berada jalan lurus, aku dengar bunyi hon motor ,tiba tiba , kereta langgar dari tepi,  then aku terjatuh. Ape yang aku rasa ? Sebenarnya aku tak rasa pape, cuma aku tak boleh bangun, then aku tak rasa kaki aku, aku takut, aku terus nangis. Aku ingat hana mintak maaf banyak kali .Then org angkat aku pergi tepi, sebab aku kat tengah jalan, aku mintak call si boroi, abg, housemate aku. Then aku dengar ambulans dtg, diaorg tanya boleh bangun, aku tak boleh bangun. Aku ckp tak boleh. Memang tak boleh. Sampai satu tahap , aku rasa aku dah tak ade kaki. Hmmm. Aku takut sangat masa tu.  
     Sampai kat hospital, aku masa zon kuning, separa critical kan. Doctor semua dtg check, nurse semua. Nasib baik nurse baik baik. Aku ingat lagi doctor suruh pergi toilet sebab nak check urine. Masa tu doctor suruh turun katil, aku try bangun and turun, sakit sangat sangat kaki aku. Ya allah, sakitnya, hanya Allah je yang tahu macam mana rasa sakit tu, tak boleh nak ungkap dengan kata2. Lepas dah pergi xray semua, baring balik kat katil, paling seksa sekali nak berdiri tegak, nak angkat bdn. Hmm. Then dtg nurse"hey awak jgn banyak bgerak, tulang awak patah". Masa tu hati aku mcm nak gugur dengar, "tulang patah". Aku tak pernah bayangkan semua ni terjadi kat aku. Aku selalu berdoa, aku taknak accident, aku taknak ade patah, even ajal aku sampai, aku taknak dalam keadaan ni, biar la Allah cabut nyawa aku masa aku tidur or tengah solat. Tapi , ape yang aku taknak , terjadi. Hmm. Dugaan kan. Then, doctor cakap , tulang pelvis patah, boleh recover balik dengan sendiri, tak payah pasang pape, aku dapat cuti 14hari. Masa kat wad, ramai budak class dtg, aku terharu gila masa ni, aku pikir , tak ade org peduli pasal aku. Oh yeah, diaorg tahu sebab asrul bagitahu, sebab masa aku accident asrul dtg. Thanks asrul.  But, aku rasa btuah sebab ada abg2 yang jaga aku, masa kat hospital abg mamat jaga, and mumy, abg mamat nangis, first time tgok abg nangis, sorry abg. Aku dah buat big family risau. Sorry...
    Now, aku pergi class naik wheelchair. Aku tak boleh bjalan. Aku sedih. Aku tak suka duduk rumah, sebab aku asyik teringat benda yg dah jadi, hmm, aku suka pergi class , aku fake , aku happy. Aku senyum, tapi hati aku, sorang pun tak tahu. Aku bukan nak mintak simpati org , aku cuma nak kekuatan dari diaorg. Hmmm. Aku sedih bila oneday aku lambat nak tolak wheelchair , ade org buat muka. Yes , aku mmg nyusahkan org , ganggu jalan org, lambat semua. And again yes, aku susahkan org, aku susah kan jiha , tolak aku hari hari, kan, ye awak , aku ni nyusahkan org. Aku taknak weii benda ni, tapi nak buat mcm mana, ni dugaan aku. "Mula mula org boleh terima, lama lama org akan bersuara" , "masa kita sakit baru kita nampak sapa kawan kita", aku sedar , masa sakit aku nampak semua ni. Maybe harini duka untuk aku, esok belum tentu. thanks kat jiha and yang lain sebab selama aku sakit kat kolej, sanggup tolong aku, and thanks kat shira , masa aku kat wad, tolong jaga aku. thanks korang. iloveyousomuch. xoxo


To MY:
Aku mintak maaf sebab marah kau, aku paham ape yang cuba kau sampai kan. Tapi cara kau salah, kau cakap masa aku emosi, ye aku emosi sangat lepas accident ni. Aku jadi org lain. Maybe dulu aku tak heran sangat dengan ape kau cakap. Aku tahu aku jadi "zika" yg lain lepas accident. Aku mintak maaf. Aku dah tak marah kau wei, kau tahu kan , aku bukan jenis reti marah org lama lama. Sorry doe. Geng, aku rindu kau. Im so sorry. 

Friday, March 20, 2015

long time no see




         *waving hand* hey korang. hahaha, lama tak update blog gemok sakai ratu sendawa ni.
Emm, tengok la preview post. Dia macam nak taknak je. Sakai punya daging. hhahah >.< sebenarnya tak tahu nak cerita ape *bukak buku*

*snap finger* oh yeah. okayla, cerita pasal ex aku tunang. bukan blog aku en. Kenapa aku nak cerita pasal diri aku pulak? *courios* okay la, lantak. Nak share je. Waktu malam, aku dengan geng geng aku termasuk debab ni (zyqa) pegi pertunangan mimi. First, aku rasa macma hari tu hari paling sedih dalam diri aku. Sepatutnya aku dengan dia setahun tapi aku raikan ex aku tunang. hahaha. Dari pukul 23:30 kitaorang tunggu kawan lagi sorang. dia datang dengan bf dia. So, ada dua kereta. aku dengan kawan aku gamal yang konon kononnyaaa ex ehem ehem. taknak mention nanti bergaduh pulak >.< so, aku pun duduk dengan gamal. aku pegi sana sini dengan gamal. malam tu aku bawak ubat supaya aku tak buat hal. selalunya aku akan sembelit. Hiks~ kereta debab ni semua perempuan. Aku nak naik kereta dengan debab tapi macam tka boleh sebab kawan aku tak boleh go dengan gamal. aku pun ape lagi. kena la stay for jaga hati kawan kawan yang sanubari. sampai dalam pukul berapa tah lupa tapi dekat dengan subuh dah. Aku tak banyak cakap. aku tidur dalam kereta debab. yang perempuan tidur kat homestay. Lelaki tidur dalam kereta.

Sedar sedar aku terasa sejuk sangat. so aku pun bangun cuci mata. dah semua perempuan dah siap siap. ouch! seluar aku tekoyak time tu. ws mimi aku nak benang dan jarum. aku pun jahit kat bilik perempuan. Oh yeah time tu perempuan dah keluar untuk tengok pengantin bersanding. Hmm :') aku tak tahu kenapa, si mimi ni nampak buruk kalau make-up seriously i hate it. dia dah ada natural beauty kot. tak perlu make-up. lantak la. dia dah jadi milik orang. then lepas makan balik. atin dengan bf dia balik kampung. Aku pegi ioi dengan dak dak ni perg! time ni aku nak main ice skate tapi takda sape nak join. malu ahh aku kalau sorang sorang.
Okay la tamat sudaaa cepatkan cerita habis *tutup buku* sebab blog orang. hahah. kk payung satu gambar






"selamat jalan kenangan, aku rindu segalanya.
selamat tinggal sejarah, aku rasa dunia yang maya.
selamat tinggal senyuman, aku hargai setiap masa"



Tuesday, June 24, 2014

Random Story Again

 1..2..3.. test mic . Assalamualaikum and selamat tengahari kepada semua . Hahahaha . Dah macam ape dah , macam nak bagi ucapan je , ingat ape , famous -.- . cehh . membebel pulakk . Okayy , banyak story nie . *padahal 2 je* . *ballet* .
       Haritu kan birthday montel , ucop plan , nak celebrate sama semua . Then kitaorg keluar hari selesa , tup tup , ucop cancel nak pergi , sebab ibu suruh balik rumah . So , kitaorg teruskan jugak laa keluar , even shira mcm sedih sikit , yela , sape tak sentap kauuu , kalau org yg plan tu tak pergi , member baik lagi . Kitaorg keluar pergi TS je , pasto sampai , kitaorg pusing2 , jalan2 , pasto g makan kat The Chicken Rice Shop . Perghhh , sedap laa jugak . Makan sampai kenyang, lauk banyak . Sambil tgah tunggu makanan sampai , and makanan da sampai , kitaorg snap picture . Nanti aku letak kat bawah tuu kayy . 
      Lepas makan , aku jalan dgn jannah , shira nan gmah . Kitaorg berpecah sebab , aku nak cari hadiah utk si montel nie . Aku belikan dia doreamon , sbb dia suka sangat dgn doreamon , dulu time pra dulu , dia siap simpan cerita doreamon dlm phone . alahai comel . hahaha . Lepas da settle semua , kitaorg balik , time kat bilik tu , aku terus bagi and cakap , "Happy birthday" . Dia happy , and aku happy . Then kitaorg sambung snap picture .... *big smile* ... Nah aku bagi gambar ! 





      
        So tu gambar birthday shira . Sambung story , pada 20.5 haritu birthday sorang lagi kawan baik aku yang bernama Nurul Syaidatul Hazwani Binti Abdul Azid . Even dia da tak sambung belajar tmpt sama nan aku , aku masih anggap dia kawan baik aku , dia banyak spend time dgn aku , sbb rumah kitaorg dekat , sayang gila kowt kat dia . Hehehe . Tak sempat lagi nak celebrate nan dia . Nanti ade masa , nak celebrate , tak sabar rasa nya . *ballet* .. Okayy , aku letak gambar dia nie . Tu je laa . byebye . xoxo :D . 


Sunday, June 15, 2014

Birthday My Montel !

Assalamualaikum and selamat malam *waving hand* . Hee .
     Hari ni nak cerita pasal my birthday girl iaitu NURUL SHAHIRAH BINTI TUGIMAN . Hari nie 15.6.2014 , genap laa dia 19 tahun . Wohooo . Da besar da dia . Hehehe . Happy birthday sayang , semoga panjang umur and happy sokmo dehh . 
      Tadi jalan2 , konon2 nak cari hadiah utk dia . Tapi tak tahu la nak beli ape , tengok semua benda mcm tak menarik je . Huhuhu . Besok pagi , nak jalan lagi , mane laa tahu dapat benda yang menarik kan . Hurmmm . 
     Ouh ye , teringat pulak , hari tu , shira dok asyik cakap 15.6 nie , jgn lupa , jgn lupa tau . Hahaha . Kitaorg semua buat2 mcm lupa semua . Padahal ingat . Saja buat dia sedih . Hahaha . Time lepak nan ucop pun , ucop siap kenyit mata , pura2 lupa . Hahaha . Padahal ingat . Saja je semua orang nie . Apa laaa . :D

To NS:
Happy birthday girl . semoga sihat , happy selalu . aku kat sini sentiase akan berada disisi kau saat kau susah atau senang . da genap 19 tahun da . da besar dia . haha . belajar rajin2 . semoga dapat mencapai impian yang kau impikan k . aku akan doakan kan kebahagian kau . iloveyousomuch . xoxo :* . 


Thursday, June 12, 2014

Random story

     Assalamualaikum and selamat petang . Hah lama tak update blog . okay , sekarang da naik sem . Alhamdulillah laa , dapat masuk class A again . wooo . okay yang tak best nya , bila tak kenal classmate , tak ade yang boleh sekepala dgn aku . bapak sedih . *sob sob* . Okay , aku sedih , bila ramai kawan yang rapat dgn aku , dismiss , aku sedih gila weii . tak ramai pun yang lepas . tak tahu laa bila dpt jumpa korang lagi . *kesat airmata*
   Korang ? ingat lagi tak perjanjian kita dulu , nak sama class , masuk class A , semua kawan rapat dalam satu class ? mesti korang lupa kan ? hahaha . Korng ? Aku tunggu korang kat class A .  Aku happy ape , tengok peningkatan korang , makin lama makin bagus . aku pun akan cuba kekal kan kedudukan aku , and tunggu korang and kita akan dpt bersama . fuhh . sedih pulak , heee . 
    Heyy , tadi aku baca blog senget aku . hahaha . citer pasal si dia ehh senget . bagus laa . bahagia sekarang . i'm happy for you *baling bunga* . hahaha . bagus laa . senget da makin happy , da ade org jaga , tak laa aku risau sgt . lagi pun sejak cuti sem , aku jarang text dia . bukan ape , aku tak ade internet , nak whatsapp tak bole . nak text , mahal ! hahaha . bapak kedekut . hee . selalu jugak tunggu dia call ke ape . bila suruh call , baru call . haha ape laa . semoga terus terusan bahagia and gembira . 
    Okay , yang ni pasal roomate pulak . okay , aku ade roomate baru , selain daripada my montel shira and my anak cino jannah . haha . ade citer pasal bilik . Time daftar hari tu , g pejabat asrama nak kunci bilik , bila pergi , tengok2 , tak sebilik dgn shira and jannah . sedih laa jugak , da laa class tak sama , bilik pun tak sama . lepas tu , g asrama , masuk bilik , besar kowt bilik , satu bilik 6 orang . yela da masuk asrama lain , dulu asrama lama , satu bilik 4 je . lepas letak barang balik . hari ahad dtg balik . pasto lepak bilik shira . tgok bilik dia 2 kosong . hurmm mcm ade peluang nie . haha . malam tu tidur bilik dia . malam besok nya , tidur lagi , dlm pukul 10 mlm , warden dtg , aku nie tgah baring , tiba2 warden ckp , nie kenapa merempat nie . semua gelak , pasto tanya warden , nie kosong ke 2 , sebab gmah tgok nama , org tu duduk bilik lain , then warden kasi tukar . hahaha . happy gila aku dengan jannah , malam tu jugak aku dgn jannah , amik brg ! 
  Hmm . okay laa , nak siap kan kerja presentation esok , ishh . baru minggu pertama da ade present semua , sabar je laa wahai hati . *waving hand* byebye . xoxo . :*

Tuesday, March 25, 2014

First time



       *Pegang mic* "Test test, 1 2 three" Assalamualaikom, korang korang. Diam tau. Ni bukan owner *tutup mulut* Ni ucop lah, alaaaa. Ada sekali budak debab ni cerita pasal den ni haaa. Kawww ;) Well, i know tak ramai baca blog ni. That why i come for. Okay, sementara ada masa ni kan. Kita dajal dulu blog dia ni *keluar spanar, playa, hammer, kuali* Ehh? -_-" Asal kuali korang ni. Hahaha *ballet* So, nak buat ape lagi eh? Haa, alang alang meh aku cerita pasal budak debab sakai gendud boroi buncit ni dulu eh. *bukak buku* Let story begin!




        Okay, aku masuk kelas dan mulalah pengembaraan aku di zaman IPT (Institusi Pengajian Tinggi) Aku masuk pra-diploma waktu tu. Kenapa? Saja, hati tergerak nak pegi sana. Even orang cakap habis masa je. Aku tetap dengan pendirian aku. Aku lelaki kan. Mesti ada pendirian yang tetap dan tinggi. Aku mula berkenalan dan ada ramai kawan baru yang aku dapat. Aku pun dah rapat dengan semua. Macam aku boleh rapat gila dengan budak debab ni? Hmm hmm, okay. Macam ni cerita dia. Aku duduk dengan dia, syawa, akim. Sape akim? Syawa? Nanti budak debab ni cerita punya. Nanti korang paham lah. Okay, Akim sorok phone budak ni awwww. Dia relax je mula mula, lepas tu keadaan jadi serious bila dia nangis gegila. Kahkahkah. Aku teringat lagi ayat dia "Aku nak balik RM999" "Jangan main main weyy :'(" "Penat aku beli phone tu. dengan gaji aku kerja" *guling guling* Pernah aku kisah ke debab?! Tak kan?! Hahahaha okay okay. Well, kat situ kami dah buat dia nangis en? Ada trick nak cover semua balik. Tetiba "Happy birthday to you!" Kehkehkeh, kembang budak sakai ni. Serious, muka dia dari muram masam pahit payau jadi senyum manis comel awesome. Aku rasa dia kena kencing manis nanti tak kena potong kaki tapi kena potong mulut. Aku pun belanja lah dia McDonald (McD). Sejak tu aku makin rapat dengan budak sakai ni. Ecehcehceh, ye debab.

        Sampai dah final exam. Lepas habis exam tu kami enjoy ramai ramai satu kelas. Ehem ehem. Nak tau tak. Gamal - Ex Debab. Hahaha, suka suka je aku fitnah. Gamal ni ajak semua keluar lepak or hang kat KL. Tapi niat aku. Aku nak ayat awek aku sekarang ni. So, aku tak fokus kat debab ni. Kesian dia dipencilkan oleh aku. Tapi dia sakai sebab suka buat benda selekeh *tetiba kutuk* Banyak lagi aku kenagan dengan kau ni. Kalau nak tulis rasa panjang and tak sempat nak kemas rumah ni. Nanti aku cerita lagi ehh korang. Bye *waving flag**baling bunga*

To FNH:
"Wey debab. Kau jangan padam entry ni. Kalau kau padam, siap kau *asah parang* kehkehkeh. Dah dah lah tu. Relax kay. Kau kan kuat. jangan nak jadi macam sakai sangat. Ye ye, sakai sakai ni aku sayang ==" Aku tau kau nak cakap ape. Lepas ni jumpa kat kelas A tau. Aku tunggu ni. bye debab, Rindu kau!"








Sunday, February 23, 2014

Assalamualaikum . Selamat malam . Chakk . Okay orang baru dalam dunia blogger nie , kalau ada salah dan silap , sila betulkan ye *guling2* . hehe . Ada laa orang tuu ajar kita ber-blog blog nie , tapi nak buadt macam mana , dia punya perangai menyakitkan hati , so kita pergi jauh sikit demi sikit dari dia . cehh , citer sedih pulok malam ni . hahaha . Saja je nak test test berblog . okayy byebye . ^^,

--> senget , thanks for everthing . akan ku ingat kau sampai mati :')